Thursday, November 24, 2011

Salam maal Hijrah


Assalamualaikum.lama sungguh aku tidak menjenguk blog hijau aku ni.da berlumut nampaknye.huhu..
Sebelum terlambat,aku nak ucap Salam Maal Hijrah kepada semua umat islam.Bulan Muharram,adalah bulan pertama dalam kalendar islam iaitu bulan penghijrahan nabi.Sebut pasal hijrah,apakah azam baru anda2 sekalian?hehe.Hijrah dari benda buruk kepada yang lebih baik.Tu terpulang la kepada kemampuan anda.

Bagi aku plak,tahun 1432H atau tahun 2011 ni,banyak dugaan dan cabaran yang aku terpaksa tempuhi.Disamping kedukaan,ade jugak kegembiraan.Tapi kedukaan ni lama ckit melekat kat hati walaupon kegembiraan datang.huhu.bermadah plop.Insaallah sempena tahun hijrah yang akan tiba ani,aku harap kedukaan ini segera hilang.Ape2 pon,kena sentiasa bersabar.Mungkin ade hikmah di sebaliknya.

Tahun baru hijrah bermula dengan kehidupan baru n buku baru.Bukan muka buku baru k.haha..Alhamdulillah,SPA aku dapat n akan masuk pada January 2012 nanti..Harap berjalan dengan lancar.Pe2 pon aku sentiasa doakan yang terbaik untuk kalian semua.

Ni aku share sikit fadhilat bulan Muharram;
Muharram bererti diharamkan. Bulan Muharram, bulan pertama dalam kiraan tahun Qamariah (Hijriah) dan salah satu dari empat bulan yang dihormati.
Doa Awal Tahun:

1 Muharram adalah permulaan kiraan tahun hijrah, maka pada tarikh ini setiap umat Islam disunatkan membaca doa awal tahun. Waktunya ialah selepas menunaikan sembahyang fardu Mahgrib. Doa tersebut ialah:

Maksudnya: Segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbira seluruh alam, rahmat dan sejahtera atas penghulu kami Nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas penghulu kami nabi Muhammad sallallahu alaihi wasallam dan atas keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian. Ya Allah Ya Tuhan kami, Engkaulah jua Tuhan yang kekal selama-lamanya sedia lagi ada, tiada permulaan, kelebihan-Mu Maha Besar dan Kemurahan-Mu amat limaph yang sangat-sangat diharapkan. Tibalah sudah tahun baru, kami mohon kepada-Mu pertolongan mengalahkan runtunan nafsu ammarah (nafsu yang mendorong kepada jalan-jalan kejahatan). Kami mohon juga kepada-Mu Ya Allah rasa sedia ada ingin membuat kerja-kerja kebajikan yang boleh mendampingkan diri kami kepada-Mu. Ya Allah, Tuhan Yang Maha Agung lagi Maha Mulia, Ya Allah Tuhan sebaik-baik yang mengurniakan rahmat dan juga sejahtera atas junjungan kami Nabi Muhammad serta keluarga dan sahabat-sahabat baginda sekalian, segala pujian itu bagi Allah, Tuhan Pentadbiran seluruh alam.


Terima Kasih Bace Entry Dalam Blog ni

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...